HOBI MENGUMPUL WANG KERTAS LAMA MALAYSIA
Setiap orang mempunyai hobi dan minat yang berbeza-beza tidak kira hobi dalam bersukan, berenang, membaca dan lain-lain lagi. Saya mempunyai hobi dalam mengumpul wang kertas lama keluaran Bank Negara Malaysia. Hobi saya ini bermula sejak awal tahun 2010 ketika saya tamat dalam pengajian Sijil Pelajaran Malaysia. Pada ketika itu, hobi ini bukanlah satu hobi yang mudah kerana ia memerlukan modal dan minat yang tinggi. Bagi orang seperti saya yang baru berjinak-jinak di dalam hobi ini memang tidak tahu tentang apa-apa atau mengenai wang lama yang sebelum ini pernah dikeluarkan.
KOLEKSI WANG KERTAS RM 1.00 |
Permulaan saya mengumpul wang kertas lama adalah dalam note RM 1.00. Pada ketika itu, saya perolehi wang kertas lama RM 1.00 dari ayah saya. Sejak dari itu, terdetik minat saya untuk mengumpul dan mendalami tentang nilai dan fakta berkenaan wang kertas lama keluaran Bank Negara Malaysia sejak dari kewujudan awal lagi.
KOLEKSI WANG KERTAS RM 1.00, RM 5.00, RM 10.00 DAN RM 20.00 |
Disamping itu juga, setelah hampir lima tahun saya mengumpul duit kertas lama ini, saya mendapati pelbagai perbezaan dan struktur bagi setiap keluaran wang kertas di Malaysia ini, seperti contoh tandatangan pada wang kertas berbeza-beza mengikut Gabenor Bank Negara Malaysia semasa, jenis kertas yang digunakan, jenis ink mencetak wang kertas tersebut dan lain-lain lagi.
SENARAI GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA DAN JENIS TANDATANGAN PADA WANG KERTAS |
KOLEKSI DUIT KERTAS RM 10.00 BERBEZA |
No comments:
Post a Comment