Wednesday, April 3, 2019

SENAMAN MUDAH DI RUMAH UNTUK KESIHATAN


Masa kini banyak terdapat berita-berita mengenai masyarakat Malaysia yang Obesiti. Ini berlaku atas faktor pemakanan yang tidak dikawal dan kurang bersenam. Antara faktor-faktornya adalah kekangan masa terutama kesibukan dengan pelbagai tuntutan tugas di pejabat atau urusan seharian sehingga sukar mendapatkan waktu terluang untuk bersenam. Demi menjaga kesihatan diri senaman perlulah dilakukan setiap hari walaupun tidak banyak. Antara senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah adalah :

1. Berjalan
Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.

2. Lompat katak
Melompat seperti katak amat mudah dan lakukannya dalam kiraan 10 saat. Pada masa sama, cuba melompat ke belakang. Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardiovaskular.

3. Tekan tubi
Ini mungkin langkah yang agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi. Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.

4. Naikkan kaki
Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki. Sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring, cuba bengkokkan sedikit. Ia pasti berhasil.

5. Lari setempat
Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

6. Lompat Bintang
Senaman ini begitu mudah dilakukan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Hanya dengan melompat dan mendepakan kedua-dua lengan dan kaki.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

PENGALAMAN PENGAJIAN JARAK JAUH

          Pengajian jarak jauh atau (PJJ) merupakan satu pengajian yang dijalankan secara sambilan atau separuh masa. Ini kerana seseorang ...