Pengajian jarak jauh atau (PJJ) merupakan satu pengajian yang dijalankan secara sambilan atau separuh masa. Ini kerana seseorang itu mengambil keputusan menyambung pengajian untuk menimba ilmu yang lebih mendalam serta mendapatkan segulung sijil Diploma atau Ijazah untuk digunakan pada masa hadapan. Bukan sesuatu perkara yang mudah bagi seseorang yang bekerjaya kerana terpaksa membahagi masa dengan baik dan perhatian dalam kerjaya, urusan keluarga dan tumpuan terhadap pengajian yang diceburinya.
PELAJAR PEREMPUAN UUM PACE IPOH PERAK |
Disamping itu juga, kekuatan dan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan diperlukan setiap masa bagi seseorang individu yang melakukan pengajian jarak jauh. Seperti pengalaman saya sebagai seorang pelajar pengajian jarak jauh di UUM Pace Ipoh, Perak bukanlah sesuatu hal yang mudah kerana masa harian perlu dirancang dan dibahagi-bahagikan terlebih dahulu agar kehidupan seharian berjalan dengan lancar.
PELAJAR LELAKI UUM PACE IPOH PERAK |
Kerjaya saya sebagai seorang anggota Polis juga begitu sibuk dengan tugasan harian tanpa mengira waktu bagi menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat setempat. Sekiranya urusan kerja telah selesai, saya akan mendahului dan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak di rumah atau pergi bercuti. Untuk menyiapkan tugasan modul yang diberi dan mengulangkaji pelajaran, saya terpaksa mengorbankan masa waktu malam sehingga ke lewat pagi serta bijak mencuri masa terluang untuk melakukan semua tugasan yang diberi sehingga selesai.
Sokongan dari rakan-rakan seperjuangan juga yang sama mengikuti pengajian jarak jauh juga banyak membantu dan penting kerana masing-masing dapat menimba dan berkongsi ilmu bersama-sama sehingga berjaya di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment