Wednesday, April 3, 2019

PENGALAMAN PENGAJIAN JARAK JAUH

          Pengajian jarak jauh atau (PJJ) merupakan satu pengajian yang dijalankan secara sambilan atau separuh masa. Ini kerana seseorang itu mengambil keputusan menyambung pengajian untuk menimba ilmu yang lebih mendalam serta mendapatkan segulung sijil Diploma atau Ijazah untuk digunakan pada masa hadapan. Bukan sesuatu perkara yang mudah bagi seseorang yang bekerjaya kerana terpaksa membahagi masa dengan baik dan perhatian dalam kerjaya, urusan keluarga dan tumpuan terhadap pengajian yang diceburinya.

PELAJAR PEREMPUAN UUM PACE IPOH PERAK
         Disamping itu juga, kekuatan dan sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan diperlukan setiap masa bagi seseorang individu yang melakukan pengajian jarak jauh. Seperti pengalaman saya sebagai seorang pelajar pengajian jarak jauh di UUM Pace Ipoh, Perak bukanlah sesuatu hal yang mudah kerana masa harian perlu dirancang dan dibahagi-bahagikan  terlebih dahulu agar kehidupan seharian berjalan dengan lancar.

PELAJAR LELAKI UUM PACE IPOH PERAK
       Kerjaya saya sebagai seorang anggota Polis juga begitu sibuk dengan tugasan harian tanpa mengira waktu bagi menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat setempat. Sekiranya urusan kerja telah selesai, saya akan mendahului dan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak di rumah atau pergi bercuti. Untuk menyiapkan tugasan modul yang diberi dan mengulangkaji pelajaran, saya terpaksa mengorbankan masa waktu malam sehingga ke lewat pagi serta bijak mencuri masa terluang untuk melakukan semua tugasan yang diberi sehingga selesai.

          Sokongan dari rakan-rakan seperjuangan juga yang sama mengikuti pengajian jarak jauh juga banyak membantu dan penting kerana masing-masing dapat menimba dan berkongsi ilmu bersama-sama sehingga berjaya di masa akan datang. 

SENAMAN MUDAH DI RUMAH UNTUK KESIHATAN


Masa kini banyak terdapat berita-berita mengenai masyarakat Malaysia yang Obesiti. Ini berlaku atas faktor pemakanan yang tidak dikawal dan kurang bersenam. Antara faktor-faktornya adalah kekangan masa terutama kesibukan dengan pelbagai tuntutan tugas di pejabat atau urusan seharian sehingga sukar mendapatkan waktu terluang untuk bersenam. Demi menjaga kesihatan diri senaman perlulah dilakukan setiap hari walaupun tidak banyak. Antara senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah adalah :

1. Berjalan
Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.

2. Lompat katak
Melompat seperti katak amat mudah dan lakukannya dalam kiraan 10 saat. Pada masa sama, cuba melompat ke belakang. Senaman ini bagus untuk memanaskan badan dan juga untuk senaman kardiovaskular.

3. Tekan tubi
Ini mungkin langkah yang agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi. Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.

4. Naikkan kaki
Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki. Sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring, cuba bengkokkan sedikit. Ia pasti berhasil.

5. Lari setempat
Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

6. Lompat Bintang
Senaman ini begitu mudah dilakukan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Hanya dengan melompat dan mendepakan kedua-dua lengan dan kaki.

Selamat mencuba.


RESEPI MURTABAK MEGGI MUDAH DAN SEDAP BAGI JUADAH BERBUKA PUASA

Salam sejahtera semua, menjelang bulan puasa yang akan tiba nanti mesti semua orang akan memikirkan juadah yang mudah dan sedap untuk dimasak dan dihidangkan ketika berbuka puasa. Di sini, saya ingin berkongsi resepi Murtabak Meggi Kari yang pernah saya masak di rumah sebelum ini.


Bahan - Bahan   :
1)   Dua peket Maggi Kari
2)   Dua peket perencah Maggi Kari
2)   Dua biji telur ayam
3)   Dua batang sosej
4)   Isi ayam dipotong dadu

Cara - cara   :
1)   Rendam dua peket Maggi Kari di dalam air panas selama 2 minit.
2)   Kemudian gaulkan 2 biji telur bersama Maggi Kari yang sudah direndam sehingga sebati.
3)   Campurkan isi ayam dan sosej yang dipotong kecil ke dalam campuran tadi.
4)   Jika ingin pedas campur cili besar yang dipotong sekali.
5)   Panaskan minyak masak 
6)   Tuangkan campuran Maggi Kari tadi ke dalam kuali dan tunggu sehingga masak.
7)   Hidangkan di atas pinggan bersama sos cili.

Selamat mencuba

Tuesday, April 2, 2019

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


        

         Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya Universiti  yang ditetapkan supaya mengkhusus bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. Perancangan  pembinaan Universiti Keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang ini IPTA berada di bawah Kementerian  Pengajian  Tinggi) merancang untuk menubuhkan Universiti ini dalam bulan ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983 Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan "Projek Universiti Keenam", di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat rasmi Universiti Keenam ini diberi nama Universiti Utara Malaysia dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra. Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke Kampus Darul Aman di Jitra pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan untuk menyambut ketibaan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984.

          Dalam catatan sejarah UUM, universiti yang terletak paling utara ini bermula di kampus sementaranya di Bandar Darul Aman dekat Jitra dan kemudian setelah enam tahun di sana, berpindah ke Kampus Sintok, kira-kira 30 km di utara Jitra. Sebelum terbinanya kampus UUM di Sintok, kawasan Hutan Simpan Sintok seluas 4,000 hektar ini adalah kawasan yang digazetkan sebagai kawasan hitam akibat aktiviti pengganas komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang bergerak di selatan Thailand.

          Apabila PKM meletak senjata dan menamatkan perjuangan mereka, kawasan Sintok telah digazetkan menjadi kawasan putih semula pada Disember 1988 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan itu membolehkan UUM memulakan pembinaan Kampus Sintok mulai 7 Januari 1989. Sejak tarikh itulah kawasan Sintok menjadi lengang tanpa penduduk dan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehinggalah ia digazetkan semula sebagai kawasan putih pada Disember 1988 memandangkan keadaan telah aman dan sekali gus bagi membolehkan pembinaan Kampus Sintok, kampus tetap UUM. Perdana Menteri telah memberikan tempoh masa selama 18 bulan untuk UUM menyiapkan Kampus Sintok. Ini bermakna pembinaan harus siap menjelang Julai 1990 apabila sesi pengajian yang baru akan bermula. Genap 18 bulan, Perdana Menteri membuat lawatan ke Kampus Sintok untuk melihat perkembangan pembinaan kampus berharga RM580 juta ini.

           Disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, termasuk mendapatkan pekerja binaan yang mencukupi, UUM hanya mampu memulakan operasinya di Kampus Sintok dua bulan kemudian, iaitu pada 15 September 1990 apabila pelajar-pelajar baru sesi 1990/91 mendaftar disusuli dengan kemasukan pelajar senior seminggu kemudian untuk memulakan pengajian. Jumlah pelajar UUM meningkat dari 3,500 orang pada ketika itu menjadi lebih kurang16,500 orang pada masa kini atau lebih. Pada masa kini, UUM mempunyai Kampus cawangan di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai UUMKL ia khusus bagi golongan yang sudah bekerja yang tidak mahu meninggalkan pekerjaan mereka di sekitar Kuala Lumpur dan ini membolehkan mereka menyambung pelajaran mereka dengan mudah senang
           Kampus Sintok telah dibina di atas sebuah lembah yang permai, dikelilingi bukit-bukau dan kehijauan hutan hujan tropika yang indah dengan flora dan faunanya. Di kampus ini mengalir Sungai Sintok dan Sungai Badak yang bertemu di tengah-tengah kampus, menambah cantikkan lagi pemandangannya. Di lembah Sungai Sintok ini, sebelum terjadinya kampus UUM, terdapat sebuah lombong bijih timah terbuka. Perlombongan dan pembalakan merupakan dua aktiviti utama penduduk di situ pada masa dulu. Oleh kerana pengganas komunis mengeksploitasi penduduk yang dianggarkan seramai 3,000 orang di Sintok pada masa lalu, pihak pemerintah membuat keputusan memindahkan penduduk-penduduk tersebut ke kawasan lain di negeri Kedah lalu menutup pekan Sintok dan mengisytiharkan kawasan ini sebagai kawasan hitam.
  
            Hasil penyelidikan dilakukan oleh empat orang pengawai sebanyak 35 nama anggota keselamatan dan juga orang awam termasuk dua orang isteri anggota polis telah dikenal pasti sebagai mangsa yang terkorban akibat keganasan komunis di sekitar kawasan Sintok. Sebahagiannya tidak mempunyai rekod yang lengkap dan sukar untuk mendapatkan nama penuh mereka. Naib Canselor UUM ketika itu, Tan Sri Datuk Dr. Othman Yeop Abdullah (kini Pengerusi Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) telah mengarahkan dibina sebuah tugu yang dikenali sebagai Tugu Peringatan Sintok yang dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 1992. 

          Tugu ini didirikan di dalam kawasan kampus berhampiran dengan markas Pasukan Pegawai Simpanan (Palapes) UUM. Kawasan ini dinamakan Dataran Perwira. Pada tugu tersebut telah dipahatkan nama 35 mereka yang terkorban itu. Reka bentuk tugu adalah hasil ilham Arkitek UUM, Ismail Abdullah. Tujuan tugu ini dibina ialah untuk menjadi mercu tanda peringatan dan menimbulkan keinsafan kepada warga UUM serta generasi akan datang bahawa UUM yang tersergam indah dengan kemudahan serba canggih dan mendapat Status MSC ini ditegakkan di atas keringat serta titisan darah dan air mata generasi terdahulu. 

          Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini siap sepenuhnya pada 1993.. Bangunan-bangunan utama yang terdapat di kampus ini ialah Bangunan Akedemik, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Bangunan Pentadbiran Canselori, Masjid Sultan Badlisyah, Dewan Mu'adzam Shah, Dewan Tan Sri Othman, Kompleks Sukan, Varsity Mall, Bangunan Budi Siswa dan kompleks.

          Adalah menjadi harapan pucuk pimpinan Universiti agar keinsafan itu akan mencetuskan semangat di kalangan warga UUM semoga mereka menuntut ilmu, menabur budi dan mencurah bakti dengan penuh ikhlas dan kesyukuran serta mengesampingkan kepentingan-kepentingan peribadi sejajar dengan motto UUM 'Ilmu, Budi, Bakti.'

 Senarai Naib Canselor UUM:
·   1984: Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.
·   1989: Tan Sri Dato' Dr. Othman Yeop Abdullah
·   1993: Dato' Dr. Shamsuddin Kasim
·   1999: Y. Bhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Mohammad Noor Hj. Salleh
·    2001: Y. Bhg. Brid. Jen. Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri
·    2005: Y. Bhg. Tan Sri Dato' Wira Dr. Nordin Kardi
·    2010: Prof. Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak

Objektif UUM adalah seperti berikut :
· Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan
· Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan
· Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan

Misi Universiti adalah untuk menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti pengurusan terulung dan bertaraf dunia.

Selaras dengan objektif dan misi penubuhan UUM sebagai sebuah Universiti yang mengendalikan pendidikan pengurusan, tenaga kerja yang mahir dalam bidang pengurusan akan digembleng bagi menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut.

ERTI SEBENAR SEBUAH PERKAHWINAN


          Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang malam, pasang surut dan sebagainya lagi. Begitulah juga halnya dengan manusia. Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
          Alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan bukannya satu pengakhiran bahagia, tetapi ia sebenarnya kehidupan yang baru bermula. Perkahwinan adalah pembuka realiti kehidupan. Seperti pengalaman saya yang telah mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun pelbagai dugaan dan cabaran yang telah saya dan isteri tempuhi. Seorang suami haruslah memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga dan isteri pula sebagai tulang belakang kepada suami bagi membina keluarga yang bahagia. 

          Disamping itu juga, sikap sabar, tolak ansur dan saling memahami haruslah dimiliki oleh pasangan suami isteri dalam membina rumah tangga bahagia, ini kerana jika perkara ini tidak diterapkan boleh menyebabkan pergaduhan besar, masalah dalam keluarga  dan punca penceraian. Tidak mustahil hampir keseluruhan institusi keluarga pada masa kini berlaku pergaduhan seperti kata pepatah 'Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri'. Jadi sebelum memasuki alam perkahwinan seseorang itu perlulah mencari ilmu yang lebih mendalam bagi membina keluarga bahagia. Bukan itu sahaja, jodoh pertemuan di tangan Allah, sekiranya Allah telah tentukan seseorang itu jodoh kita, perlulah kita menjaganya sebaik mungkin dan sentiasa membawa ke arah kebaikan bagi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. 
          Perkahwinan juga perlu untuk tujuan memperluaskan lagi hubungan kekeluargaan diantara keluarga lelaki dan perempuan. Dengan perkahwinan, ia  juga mampu mengembangkan lagi masyarakat dengan zuriat dan keturunan yang soleh. Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah  SWT yang bermaksud: “Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32) Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.

LEBAH KELULUT DAN KEBAIKAN MADU KELULUT

LEBAH KELULUT

          Pada masa kini, terdapat banyak masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti penternakan Lebah Kelulut bagi mendapatkan madunya. Di sini saya ingin menceritakan secara ringkas mengenai Lebah Kelulut. Lebah kelulut atau kelulut merupakan lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat  di  seluruh dunia. Lebah  kelulut  boleh  didapati  di  kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika  Amerika.
          Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

KEADAAN LEBAH KELULUT KETIKA HENDAK MEMASUKI SARANG
          Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau sarang burung kakak tua. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir). Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
KEADAAN DAN RUPA BENTUK SARANG LEBAH KELULUT
          Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran
          Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur. Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

          Madu Kelulut pula mempunyai pelbagai kebaikan antaranya adalah dapat menyembuhkan luka dan kesan terbakar, dapat melegakan sakit tekak dan batuk, dapat melembutkan kulit, boleh dijadikan sebagai pelembut rambut, dapat menghilangkan jerawat, dapat meningkat kesihatan dalaman dan pengaliran darah dalam badan dan lain-lain lagi.

KENANGAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2015

         Pada tanggal 31 Ogos 2015, saya bersama rakan-rakan lain telah terlibat dalam Petandingan Kawad Negeri Kedah bersempena Hari Kemerdekaan yang diadakan bersama-sama  Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Pertandingan ini diadakan bersempena Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun dan bagi memperingati peristiwa bersejarah di dalam Malaysia.


          
          Sebelum hari kejadian, saya bersama rakan-rakan seperjuangan yang di latih oleh jurulatih kawad telah menjalankan latihan setiap hari selama sebulan mulai jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di Pusat Latihan Polis Langkawi Kedah. Pelbagai dugaan, rintangan dan penat lelah terpaksa kami lalui bagi mendapatkan keseragaman dan kelancaran bagi pertandingan kawad yang akan diadakan nanti. Bukan itu sahaja, tahap disiplin yang tinggi juga diperlukan bagi setiap individu bagi mendapatkan pergerakan kawad yang sempurna dan seragam.



SEMUA BERKUMPUL MENGIKUT JABATAN MASING-MASING SEBELUM   PERTANDINGAN KAWAD DIADAKAN
KETIKA PETANDINGAN KAWAD BERLANSUNG
          Ketika pertandingan kawad berlangsung, setiap Jabatan Kerajaan dikehendaki berkawad di dalam kumpulan masing-masing sejauh lebih kurang 2 kilometer sepanjang jalan raya Padang Matsirat, Langkawi, Kedah sehingga ke penghujungnya. Setelah selesai, semua jabatan dikehendaki berkumpul semula di tempat yang telah ditetapkan.

SETELAH MENJUARAI TEMPAT PERTAMA DALAM PERTANDINGAN KAWAD.
          Setelah Hari Kemerdekaan tahun 2015 sampai ke kemuncaknya, keputusan bagi pertandingan kawad telah diumumkan. Johan telah dimenangi oleh Pusat Latihan Polis Langkawi Kedah dan menerima sijil dan wang tunai berjumlah RM 1000.00. 

HOBI MENGUMPUL WANG KERTAS LAMA MALAYSIA

    
HOBI MENGUMPUL WANG KERTAS LAMA MALAYSIA

     Setiap orang mempunyai hobi dan minat yang berbeza-beza tidak kira hobi dalam bersukan, berenang, membaca dan lain-lain lagi. Saya mempunyai hobi dalam mengumpul wang kertas lama keluaran Bank Negara Malaysia. Hobi saya ini bermula sejak awal tahun 2010 ketika saya tamat dalam pengajian Sijil Pelajaran Malaysia. Pada ketika itu, hobi ini bukanlah satu hobi yang mudah kerana ia memerlukan modal dan minat yang tinggi. Bagi orang seperti saya yang baru berjinak-jinak di dalam hobi ini memang tidak tahu tentang apa-apa atau mengenai wang lama yang sebelum ini pernah dikeluarkan.

KOLEKSI WANG KERTAS RM 1.00

          Permulaan saya mengumpul wang kertas lama adalah dalam note RM 1.00. Pada ketika itu, saya perolehi wang kertas lama RM 1.00 dari ayah saya. Sejak dari itu, terdetik minat saya untuk mengumpul dan mendalami tentang nilai dan fakta berkenaan wang kertas lama keluaran Bank Negara Malaysia sejak dari kewujudan awal lagi.

KOLEKSI WANG KERTAS RM 1.00, RM 5.00, RM 10.00 DAN RM 20.00

          Disamping itu juga, setelah hampir lima tahun saya mengumpul duit kertas lama ini, saya mendapati pelbagai perbezaan dan struktur bagi setiap keluaran wang kertas di Malaysia ini, seperti contoh tandatangan pada wang kertas berbeza-beza mengikut Gabenor Bank Negara Malaysia semasa, jenis kertas yang digunakan, jenis ink mencetak wang kertas tersebut dan lain-lain lagi.

SENARAI GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA DAN JENIS TANDATANGAN PADA WANG KERTAS
KOLEKSI DUIT KERTAS RM 10.00 BERBEZA 






Monday, April 1, 2019

PENYOKONG KELAB MANCHESTER UNITED MALAYSIA TAHUN 2019

PENYOKONG KELAB MANCHESTER UNITED
     Manchester United Football Club (MU) merupakan kelab penyokokong bola sepak Inggeris terkenal yang berpusat di Old Trafford dan merupakan salah satu kelab sukan yang mempunyai penyokong dengan lebih 5 juta peminat di serata dunia.

     Kelab Manchester United telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C pada tahun 1878 sebagai pasukan pekerja dari Stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Setelah hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh JH Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Sejak dari itu Kelab Manchester United mula muncul.

      Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcom Glazer telah mendapat semua kepentingan di dalam kelab menerusia pelaburan Red Football dan dalam pengambilan pada ketika itu, nilai kelab tersebut bernilai RM 800 Juta pounds sterling (lebih kurang 1.5 billion atau RM 5.5 billion).

      Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi dan telah mengumumkanniat beliau dalam masa 20 hari. Pada Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.

STADIUM OLD TRAFFORD

     Stadium Manchester United telah dibina pada tahun 1878 di kawasan beralamat Sir Matt Busby Way M16, ORA, Manchester, England. Stadium ini di bina di tengah-tengah bandar Manchester dan diberi nama sebagai Stadium Old Trafford. Stadium ini mampu menampung penontong lebih kurang 76,212 orang pengunjung dan dibina dengan tema warna merah.




     

PELAJAR UUM PACE IPOH PERAK

PELAJAR UUM PACE IPOH PERAK

NAMA                     : MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMMAD JAMAL

NO. MATRIK           : 260718

KOD PROGRAM      : UP01

PROGRAM              : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM DENGAN KEPUJIAN
     
KEMASUKAN          : SEMESTER JULAI SESI 2018/2019

PUSAT                    : PACE UUM IPOH, POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH, PERAK

PENGALAMAN PENGAJIAN JARAK JAUH

          Pengajian jarak jauh atau (PJJ) merupakan satu pengajian yang dijalankan secara sambilan atau separuh masa. Ini kerana seseorang ...